Ramadhan Ke-2 di Mesir

ASSALAMU'ALAIKUM...

Alhamdulillah.. kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada tahun ni. Semestinya bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Pada bulan ni jugaklah Allah bagi kat kita banyak kelebihan yang tak dapat dirasai oleh kaum sebelum kita.

Bila cakap pasal Ramadhan, alhamdulillah Ramadhan kali ni Husein dapat rasakan lagi suasana Ramadhan di bumi anbiya', Mesir. First time berpuasa di bumi Mesir ni adalah pada dua tahun lepas. Tahun lepas Husein pulang di tanah air. Memang tak dapat dinafikan yang puasa kat tanah air dan puasa di negara orang.... ada perbezaannya. Tapi kedua-duanya seronok belaka bagi Husein.

Kat tanah air, tiap-tiap tahun nenek Husein kat kampung akan buat majlis berbuka puasa...wajibul ghunnah. haha... so, masa tu boleh la jumpa sedara-mara yang jauh, yang lama tak jumpa.. so, boleh kumpulkan One Big Family dalam sehari. Kebiasaannya nenek akan buat dekat-dekat akhir Ramadhan. So, senang siket sedara-mara yang jauh akan datang ke kampung memandangkan Syawal hampir tiba. Boleh raya sekali gus ramai-ramai dan dapat kutip duit raya bebanyak. hahaha...

Kat Mesir pun best jugak... boleh rasa keenakkan masakan arab kat sini memandangkan bila tiba je bulan Ramadhan, ramai orang-orang kaya akan bersedekah atau buat majlis berbuka puasa tiap-tiap hari di masjid sepanjang bulan Ramadhan. Dan paling best sekali bila puasa pada kat Mesir ni adalah dapat dengar ramai hafiz-hafiz arab yang akan jadi imam di masjid-masjid. Emm... korang bayang sendiri la camne imam orang arab yang hafiz baca.... memang sedap dan rasa cam tarawih tu sekejap je padahal dah 2 3 jam kot solat tarawih. Paling seronok sekali, bila dapat bermakmumkan imam yang pandai buat lagu sedih. Memang konfem mengalir air mata bila tengah solat tu. Orang arab sendiri pun menangis kalau dengar imam buat alunan lagu sedih.

Ok, setakat tu je bebelan kali ni. InsyaAllah, Husein akan sambung bebelan ni bila ada masa nanti. By the way, sebelum tu Husein nak ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK kepada semua pembaca-pembaca blog Husein dan jangan lupa sedara-mara kita yang lain yang tengah susah untuk mencari rezeki demi sesuap nasi terutamanya di Palestin, Burma, Somalia dan sebagainya.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.... :-)

6 ulasan:

  1. berapa lama belajar kat mesir ni?

    BalasPadam
  2. Rindu puasa kat sana..

    selamat puasa sein!..

    Moga Ramadhan ini memberi sinar buat rakyat mesir dan isinya...Aamin...

    BalasPadam
  3. di Mesikan sedang krisis, apa tidak menganggu disana? bagaimana dengan keamanannya disana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni alhamdulillah.. aman je. Tapi dlm keadaan berjaga-jga

      Padam
  4. slamat berpuasa buat husinrider di sanee,.hihi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.