What Happen To You In Winter ???
ASSALAMU'ALAIKUM...
Sesungguhnya atas kejadian bermusim itu ada tanda kekuasaan Allah Taala yang mungkin kita tidak tahu. Allah S.W.T tidak akan membuat sesuatu itu dengan sia-sia. Terdapat banyak musim yang ada di dunia ini. Perkataan musim disini bukanlah bermaksud musim exam ataupun musim durian, tetapi perkataan musim disini bermaksud perubahan cuaca dan suhu dalam tempoh yang panjang kepada perubahan cuaca dan suhu yang lain.
Musim panas, musim sejuk, musim tengkujuh, musim bunga, musim kemarau, musim luruh dan sebagainya.... itulah antara musim-musim yang terdapat di dunia ini. Tetapi..... lain orang, lain rasanya. Ada yang suka musim tengkujuh berbanding musim panas kerana dapat merasai suhu yang lebih rendah terutamanya bagi mereka yang berada Asia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Dan ada juga yang suka musim sejuk berbanding musim panas kerana dapat merasakan salji terutamanya bagi mereka yang berada di Eropah. Dan ada pula yang tidak gemar kepada musim luruh kerana dapat mencacatkan tanaman terutamanya khusus bagi golongan petani. Tetapi ada pula yang selalu mencari alasan dalam sesuatu musim tersebut untuk menjadi helah mereka dalam membuat sesuatu pekerjaan.
''Sejuk sangat la, malas la nak pergi kuliah''
''Time-time sejuk ni.... sedap jugak tido kan?''
''Panas betol hari ni. Kalau keluar rumah ni confirm berpeluh''
Itulah antara alasan-alasan yang sering kita dengar bila tibanya sesuatu musim tersebut. Tapi apa yang Husein nak fokuskan disini adalah musim sejuk kerana bertepatan dengan musim sejuk yang sedang berlaku di beberapa negara Asia Tenggara dan Eropah. Tidak lupa juga Mesir, negara yang Husein jejaki sekarang ni.
"Tatkala keluar dari rumah ke masjid untuk solat subuh umpama masuk ke dalam peti sejuk, udara dingin dan hujan membasahi bumi Kinanah, rahmat Allah kepada manusia tak pernah pernah beri alasan, namun ketaatan manusia untuk solat subuh berjemaah di masjid dicipta pelbagai alasan walaupun waktu subuh ketika musim sejuk adalah lebih lama daripada waktu subuh di musim panas"
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada hadith Abi Sa'id Al-Khudri, dari Nabiﷺ bersabda,
"الشتاء ربيع الؤمن"
Maksudnya: "Musim sejuk itu, musim bunga bagi orang yang beriman"

Tidur adalah satu ibadah kerana Nabi sendiri pun tidur sepertimana kita. Cuma adakalanya adab Nabi ketika tidur adalah lain berbanding adab kita ketika tidur. Tidak kurangnya tidur Imam Syafie yang apabila tidurnya beliau, dapat menyelesaikan 75 masalah fiqh. Tetapi ketahuilah bahawa, tidur orang-orang yang berjihad di jalan Allah adalah semata-mata untuk menyenangkan mereka beribadah kepada Allah dan tidak lebih dari itu.
Maka jika anda terlalu banyak berehat, bermakna akal anda juga banyak berehat. Keadaan yang paling bahaya bagi akal adalah apabila tuan punyanya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Maka pada suatu hari jika anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih hati, risau dan cemas kerana dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana seolah-olah anda berada di dalam penjara yang tidak berkunci.
Padahal, ulama-ulama dahulu kala pernah diseksa dan dihumbankan ke dalam penjara bertahun-tahun lamanya oleh pemerintah yang zalim. Tetapi, adakah mereka banyak membuang masa berada di dalam penjara begitu sahaja? Sudah tentu tidak. Malah ada di kalangan mereka yang sempat mengarang beberapa buah kitab ketika di dalam penjara yang menjadi rujukan para alim ulama yang lain yang lebih hebat dari mereka yang berakal yang bebas membuat apa sahaja.
Maka, bunuhlah setiap waktu kosong dengan kesibukan. Perhatikanlah keadaan petani dan nelayan, mereka sentiasa gembira sambil bernyanyi lagu-lagu rentak gembira seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas tilam empuk, tetapi sentiasa gelisah dan melap air mata secara diam-diam.

Seperti mana yang Husein katakan sebelum ini, Husein nak fokuskan kepada musim sejuk. Oleh itu, tukarkan ayat diatas kepada ''Sejuk betol hari ni. Kalau keluar rumah ni confirm menggigil''.
Ya, memang benar kenyataan di atas. Apabila kita ingin berjalan keluar rumah di musim sejuk, sudah pasti udara sejuk menanti kita. Tetapi tidakkah kita terfikir bagaimana ulama-ulama dahulu kala bermusafir dengan berjalan kaki berbatu-batu jauhnya, berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk mencari ilmu Allah S.W.T. Dengan kelengkapan yang tidak canggih dan moden seperti sekarang, mereka sanggup menempuh pelbagai dugaan termasuk cuaca yang sejuk. Adakah dikira sangat jauh untuk pergi ke kuliah ketika musim sejuk jika dibandingkan dengan jauhnya ulama-ulama dahulu bermusafir semata-mata untuk menuntut ilmu Allah S.W.T.?
Waktu Siang Pendek di Musim Sejuk
Kebanyakkan negara yang mempunyai musim sejuk, waktu siang akan menjadi pendek berbanding waktu malamnya. Diriwayatkan bahawa sahabat Nabi yang mulia, Ibnu Mas'ud berkata: "Selamat datang wahai musim sejuk yang turun padanya barakah(keberkatan), dipanjangkan malamnya untuk berqiyamullail, dan dipendekkan siangnya utk berpuasa."
Dan daripada sahabat Nabi yang mulia, 'Ubaid bin 'Umair, apabila datangnya musim sejuk, ia berkata:"Wahai ahli Quran, telah panjang malammu untuk membaca Al-Quran maka bacalah! dan telah pendek siangmu untuk berpuasa maka berpuasalah!
Dinukilkan oleh Al-hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali dlm Lataiful Ma'arif
Daripada keterangan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa apabila waktu siang menjadi pendek, ia memberi kesempatan yang luar biasa bagi orang yang suka berpuasa kerana tidak perlu bertahan lama menahan lapar dan dahaga sedangkan pahalanya adalah sama dengan orang yang berpuasa lebih lama dari mereka. Dan ia juga adalah kesempatan yang luar biasa bagi mereka yang suka beribadah terutamanya mereka yang suka berjaga malam (tahajjud) untuk lebih lama menghadap Allah S.W.T. dalam keadaan yang dingin dan tidak ada yang mengganggu dan beroleh ketenangan yang jitu disiang harinya dalam menghadapi ujian dan cubaan dunia.

nice entry.. :) done follow ..
BalasPadam