Nikon Club RAMADHAN Walkabout

ASSALAMU'ALAIKUM...
Salam Aidilfitri semua. Macam mane dengan Ramadhan tahun ni?? bezz ?? Jumpa LAILATUL QADR ?? Kalau jumpa tu bagus la.. bagi yang tak jumpa tu jangan sedih... its ok.. tahun depan ade lagi insyaAllah.

Dah tengok title post??? .. Yup, event ni da lama da.. hari Sabtu lepas. Lapuk da...Mase bulan pose. Ingatkan event ni tak ramai yang hadir. Sengaja la Husein hadir lewat siket... naik moto sopan-santun jer... sambil galas DSLR. Then lepas parking moto, pergi jalan kedek-kedek sorang-sorang kat event ni. Dari jauh Husein nampak segerombolan orang yang berhimpun pakai baju hitam. Rupa-rupanya ramai jugak ye photographer-photographer kat Terengganu ni yer. Ingatkan Husein sorang jer. hehehe... tak caye?? nah, tengok bawah ni..
Sebahagian daripada fotografer-fotografer kelahiran Terengganu.

Korang boleh cam mane satu Husein kat dalam gambar ni?? Kalau boleh cam, Husein bagi duit raya seposen. hehehe...


Tak ketinggalan, Husein sendiri. Amboiii... senyum meweh boleh baju T-shirt Nikon free sehelai. But Husein bukan pon fotografer yang pro sangat. Juz baru je nak cuba bertatih dalam dunia fotografi ni.

Event ni mengumpulkan sebanyak mane photographer-photographer kat Terengganu Only yang menggunakan kamera jenis Nikon. Tak kesahlah korang guna DLSR atau pun tak janji korang ade kamera jenis Nikon. Mula-mula rase macam malu pulak coz kamera Husein bukannya power sangat pon. Biasa-biasa je.Lepas sesi pendaftaran, kitorang ada taklimat dan penyampaian hadiah siket then kitorang bebas nak shoot ape-ape aje disekeliling event tu. Tapi Husein tak pergi shoot pon coz malas sangat-sangat.


**SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat pembaca-pembaca blog Husein dan seluruh blogger-blogger tanah air yang beragama Islam.

Terima kasih kerana membaca. Komen sket...

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.