Still Breathing

Assalamualaikum..
Kali ni Husein update blog dengan perasan gembira dalam sedih sebab dapat habiskan final exam kelmarin tapi sedih sebab secara overall Husein tak puas hati dengan cara Husein jawab. Sebab tu blog ni dah macam berhabuk dah sebab tak diupdate sejak berkurun lamanya. Cehh...Haiittuihh...

Walau apa pun, blog ni still breathing ok. Oleh kerana exam week dah habis, maka dengan ini Husein akan update blog selaju yang mungkin untuk ganti kepada masa yang telah lalu akibat tidak diupdate.(ade main ganti-ganti jugak eh.. ingatkan takde..hehe). Lepas je habis exam tadi, terus je Husein ambik MP5 Sony milik kawan Husein untuk Husein dengar lagu buat tenang fikiran. Ni pon masa tengah taip entri ni still dengar lagu 'Rela ku pujuk' nyanyian Spider. wakaka...

Mesti korang tertanya-tanya, apa Husein akan buat lepas habis exam week ni kan? (Errr.. ade ke korang tanye? Perasan betul..). Setelah dihempas pulas diperah otak dan memikirkan masa depan Husein, Husein merancang untuk sambung hobi Husein iaitu melancong or travel di beberapa tempat yang menarik lagi. Kalau nak round satu Mesir ni memang tak cukup masa untuk Husein travel...jadi insyaAllah, dengan izin-Nya Husein mungkin akan travel ke beberapa negara lain(but not sure yet ok). Kalaulah plan ni jadi, korang jangan risau...Husein akan update punyer blog ni cerita tentang tempat yang Husein travel tu.

Germany. Team pilihan Husein untuk menjuarai Euro 2012 kali ni. Nak tengok puas-puas Euro kali ni. Tabik kepada Mesut Ozil yang sangat lincah di padang setiap kali ade game. Ape team pilihan korang plak?

Plan yang kedua: Husein mungkin akan terlibat dengan beberapa projek yang melibatkan beberapa buah syarikat di Malaysia.(maaf, Husein tak dapat bagitau syarikat mana coz semua projek ni pun still dalam perbincangan lagi). Tapi kalaulah projek ni jadi.. Alhamdulillah. Cuma apa yang mampu Husein bagitau setakat ni adalah salah satu syarikat yang bekerjasama dengan Husein tu adalah syarikat penerbitan buku dan syarikat kerajaan.

Plan ketiga: Azam Husein lepas habis exam ni adalah nak baca buku-buku ilmiah yang lain. Selama ni sentiasa baca kitab kuliah nak prepare untuk exam, kali ni Husein nak baca kitab lain selain kitab-kitab kuliah untuk tambah pengetahuan. Tak kisah lah buku apa pun hatta novel sekali pun(korang jangan pelik yer orang laki baca novel sebab Husein pun pernah jadi peminat novel masa zaman persekolahan dulu tapi novel yang islamik la.)

Plan seterusnya: Banyak lagi plan-plan yang lain yang Husein nak buat tapi takkan la nak cerita semua kan. Tapi ade pulak sorang kawan Husein ni suruh plan untuk kawen. Huh.. ade ke patot. Aku yang tak cukup ilmu ni nak kawen. Sorry to say la bro..Bukan bermakna Husein tak nak kawen. Sape yang tak nak kan? I think everyone want to married.. lagipun tu kan sunah Nabi.(Ceh.. cakap pasal kawen..mesti kait dengan sunah Nabi.. benda lain tak nak kait pulak dengan sunah Nabi).... Tapi bila cakap pasal ni Husien lebih suka berdiam tanda tak kata apa-apa. Masing-masing ade pandangan sendiri tentang berkahwin semasa belajar. Ade yang sokong ade yang tak. Masing-masing ade hujah masing-masing.

So, harap lepas ni korang takkan bosan tengok blog ni. Anyway, wish me luck for my exam result and my plan lepas exam ni. Setakat ni je untuk kali ni.
Gambar ni masa pergi beli-belah di Asfour, gedung kristal no.1 di dunia.

p/s: baru je tadi dengar berita pemergian isteri kepada ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardawi yang kembali mengadap Ilahi setelah mengalami sakit yang berpanjangan. Al-Fatihah.

Terima kasih kerana membaca.

6 ulasan:

  1. waaaaaa...bestnya rider dah habis exam,
    rider pakai topi tu nampak macam komunis la plak...kikiki
    masa jalan-jalan ade tak rider nak kena pau di "arab"...hati-hati skit klu travel kat mesir tuu..
    klu tak,,,, melayan laa le50 rider dek kerana tertelan tiket metr0...kikiki :-)

    BalasPadam
  2. my friend, lelaki, pun ada sorg yg minat gila novel ! dia suka sgt bce novel cinta~ everyweek satu buku :DD

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. minat giler dia kat novel eh. Husein tak macam tu.

      Padam
  3. first time singgah sini. Serius lawa header :)
    wahh suka lah Husein dah habis final Exam... zakwan amik SPM lagi tahun ni :/

    btw, kalau nak self-hosting Wordpress secara PERCUMA, jemput baca entri saya ni
    >>http://www.zakwanzain.com/hosting-dan-domain-percuma-sehingga-30-jun/

    BalasPadam
  4. informasi menarik untuk dibaca. follback ya (190)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.