Genap Setahun


Assalamualaikum semua..
7 Mac merupakan tarikh yang istimewa buat Rider kerana tarikh ini lah yang merupakan tarikh blog ini terhasil dan menemui anda semua dialam maya ni. Banyak yang Rider belajar dari penghasilan blog ni bermula dari cara penghasilan blog yang kreatif hinggalah ke tahap blog ini kadang-kadang menjadi bualan hangat media di Malaysia apabila blog ini dikaitkan atau dikontroversikan dengan satu peristiwa yang besar di Malaysia yang berlaku pada tahun lepas. (maaf, Rider tak berminat untuk berbicara tentang peristiwa tersebut). Dan peristiwa tersebut memberi pengajaran kepada Rider bahawa tidak semua cerita patot kita letakkan dalam blog kita. Ok ??

Emm....lupakan pada perkara tadi.. dan fokuskan pada apa yang nak Rider ceritakan sekarang ni. First sekali, Rider nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH tidak terhingga kepada followersss Rider dan juga kepada mereka yang selalu singgah kat blog ni dan juga kepada peng'like' page Rider di facebook. Dan mana-mana yang tak like lagi tu, like la bebanyak k. Terima kasih sekali lagi Rider ucapkan.

Dan Rider tinggalkan anda dengan satu header baru blog ini untuk anda sempena genap setahun blog ni wujud. Actually, dah lama Rider nak tukar header yang lama tu tapi tak de masa nak buat header baru sebab sibuk dengan study dan menelaah kitab. Harap korang semua happy dengan header baru ni. Sebarang komen atau kritikkan Rider terima dengan hati terbuka. So, komen la banyak-banyak kat bawah ni yer.. Thanks.

3 ulasan:

  1. Salam.

    Congatulations! Keep it up! Header- nice.

    BalasPadam
  2. Selamat Ulang Tahun, Blog Husein! ;)

    BalasPadam
  3. wah..happy birthday blog husein!!1 Happy birthday to you..:)

    p/s: klu xda verification word lagi best kot...hihihi:)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.