Mari Membaca Al-Quran sambil Menangis EP.7


6. Abu Musa Al-Asy'ari r.a.

     Adalah Abu Musa r.a. apabila beliau membacakan ayat:
        "Wahai manusia, apakah perkara yang telah memperdayakan engkau(membuat durhaka) terhadap Tuhan engkau Yang Maha Pemurah?'' (iaitu disebabkan kejahilan engkau sendiri) - Al-Infitar: ayat 6 -

    Maka beliau menangis . Dan apabila beliau membacakan ayat:
         "Patutkah kamu mengambil dia (Iblis)dan keturunannya sebagai pemimpin(pemandu) selain daripadaKu; sedang mereka adalah musuhmu?'' - Al-Kahfi:50 -
    Beliau menangis.

7. Abd Rahman b. 'Auf r.a.

      Adapun mengenai Abd Rahman r.a., Ibn 'Abbas pernah berkata menceritakan mengenainya, di mana beliau berkata:
لم ار رجلا يجد من القشعَرِيرَةِ ما يجدُ عبدُ الرّحمن
      ''Saya belum pernah melihat seorang lelaki yang menggeletar seperti keperihalan Abd Rahman di kala beliau membaca Al-Quran.

      Di samping itu, Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan :''Dikala turun ayat berikut, tertangislah ahli As-Suffah (penghuni serambi Masjid Nabi) sehingga air mata mereka mengalir ke atas pipi-pipi mereka ,iaitu ayat :

          ''Maka adakah kamu merasa hairan terhadap berita ini?  Dan kamu menertawakan dan tidak menangis?" - An-Najm:59-60 -

**dah lama Rider tak upload tentang tajuk ni kan. Maaf atas kelewatan untuk menyambung tajuk entri ni. Sudah masuk ke episod yang ke-7 dah. Sebelum tulis entri berkaitan tajuk ni, kadang2 Rider kena baca dan hayati dulu. Wassalam.. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.