Trip ke Pepsi Blue, Tempat di M'sia seakan di Pergunungan Alps
ASSALAMUALAIKUM...
Pepsi Blue atau Bekas Tempat Lombong Emas. Husein sendiri keliru dengan dua nama ni. Tak
tahu mana satu yang biasa orang guna. Tapi mengikut penduduk tempatan kat sana,
diorang lebih kenal dengan nama Pepsi Blue. Hmmm…….
Pada bulan
lepas, Husein dan Shahril(kawan) berpeluang untuk pergi ke tempat yang sangat
cantik tetapi belum diketahui ramai lagi iaitu di Pepsi Blue,
Rusila, Terengganu. Pada awalnya memang kitorang berdua agak musykil sikit sebab info
tentang tempat tersebut agak terhad dan tak terlalu banyak di Internet. Tapi,
oleh kerana sifat Husein yang berdegil jugak nak cuba pergi kat sana…
alang-alang duduk kat Terengganu dah ni, apa salahnya try jugak kan.
Sejarah tentang tempat ni adalah bekas tempat perlombongan emas waktu zaman nenek moyang kita. Tapi sekarang dikhabarkan emas dah memang takde dah kat situ. Sebab tu dinamakan Tempat Bekas Lombong Emas. Nama Pepsi Blue pulak diambil dari warna air di tempat tersebut yang begitu membiru. Dari jauh pun dah nampak kebiruannya. Tapi awas, kawasan ni dilarang untuk bermandi-manda. Dengar ceritanya, air kat sini pun tak elok, cuma warna je cantik.
Sejarah tentang tempat ni adalah bekas tempat perlombongan emas waktu zaman nenek moyang kita. Tapi sekarang dikhabarkan emas dah memang takde dah kat situ. Sebab tu dinamakan Tempat Bekas Lombong Emas. Nama Pepsi Blue pulak diambil dari warna air di tempat tersebut yang begitu membiru. Dari jauh pun dah nampak kebiruannya. Tapi awas, kawasan ni dilarang untuk bermandi-manda. Dengar ceritanya, air kat sini pun tak elok, cuma warna je cantik.
Perjalanan
ke Rusila dari Bandar Kuala Terengganu tidak lah sejauh yang anda sangkakan.
Lebih kurang 20 minit je. Setibanya di Rusila, anda akan ternampak sebuah
masjid yang dinamakan Masjid Rusila, iaitu sebuah masjid yang sering digunakan
oleh Tuan Guru Haji Hadi(TGHH) untuk menyampaikan kuliah pada setiap pagi Jumaat.
Berdekatan dengan masjid tersebut, ada satu traffic light, then masuk ke lorong
kanan. Lepas tu korang perlu jalan straight je sehingga turun bukit then akan
nampak sebuah taman perumahan di sebelah kanan yang tak siap lagi selepas
sahaja selekoh ke kiri.
Ringkasnya macam
ni la:
Masjid
Rusilaà
Traffic Lightà
Masuk lorong kananà
Straight jeà
Selekoh ke kiriàTaman
Perumahan yang tak siap di sebelah kanan
Taman
perumahan tersebut dinamakan Taman Mas Impian. Waktu Husein pergi hari
tu, taman ni memang tak siap lagi. Jalanraya pun masih berbatu dan lecak. Kalau
nak pergi sampai ke Pepsi Blue kena lalu ikut jalan
belakang. Then korang kena berhenti kan kenderaan korang di kawasan perumahan
tu untuk korang naik mendaki bukit siket. Tiada jalan yang khusus untuk
kenderaan.
Bila dah
sampai ke puncak bukit, maka terbentang lah keindahan alam semulajadi yang
tiada tandingannya. Pemandangan yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata
Husein sendiri bagaikan disumpah untuk melihatnya dengan sepuas hati. Subhanallah…
Subhanallah… Subhanallah… beberapa kali Husein ucapkan perkataan tersebut
setelah berjaya sampai ke puncak selepas melihat pemandangan yang tak disangka
itu.
Memang
Husein begitu teruja dan tak sangka adanya tempat yang begitu cantik di kawasan
tersebut. Padahal kawasan tu Husein hari-hari lalu nak pegi kuliah tok guru
pada setiap hujung minggu. Pemandangan seakan berada di Pergunungan Alps di negara omputeh, kini korang boleh rasakan sendiri di tanah air sendiri. Bila korang sampai sini, wajib ambek gambar sebagai kenangan. Nanti boleh la kawan lain tanya, "Kat mana ni?" korang jawab la "Tengah travel kat Amerika kejap ni". Hahahaha.... padahal kat Terengganu ni je pun. Feeling berada kat negara omputeh jap.
Tapi malangnya, pada waktu Husein pergi hari tu dah
lewat dah. Sempat pergi duduk di puncak sana beberapa minit je. Rehat beberapa
minit, ambil gambar, check kawasan-kawasan lain untuk disinggah untuk akan
datang, then turun balik sebab dah lewat dah.
Akhir
sekali, Husein harap Husein dapat pergi lagi ke tempat tersebut di masa akan
datang sebab banyak lagi kawasan-kawasan yang belum lagi Husein terokai. Husein
dapat jangkakan yang mungkin kawasan ni akan menjadi kawasan pelancongan yang
famous di masa akan datang. Am I the first one to discover here???
Terima kasih
kerana membaca. Komen siket….
cantik kawasannya
BalasPadamAllah tempat sendiri pun masih banyak kawasan yang cantik secantik apa yang kita lihat di oversea
BalasPadamSubhanallah cantiknya
BalasPadam#100placeinMalaysiaumust go~ yosh!!
BalasPadamPerghhh lawa.. Gopro ka ni?
BalasPadamRaz, Mawardi: Absolutely amazing.
BalasPadamMamaorang: yeahhh.. nanti kena datang sini tau
Aienienka Peter: Maybe this place is on the top 50 I guess. hahaha..
BalasPadam@Mr. Doctor: nope.. kite pakai SJCAM je. takde duit lagi nak beli GoPro.
patutlah dipanggil Pepsi Blue. Nampak kebiru-biruan.
BalasPadamMenarik juga untuk boleh dimasukkan dalam senarai top 100 tarikkan travel di Malaysia. :D
BalasPadam