Cara Bajet, Tak Payah Beli Kotak Kamera Yang Mahal Gedabak Tu

ASSALAMUALAIKUM...

Bagi korang yang takde bajet banyak nak beli case/kotak/bekas khas untuk Go Pro/Sjcam korang, cara ni sangat lah sesuai dan sangat bajet. Tak payah beli sampai RM30-40, cuma belas-belas ringgit je.
Bekas yang macam ni harga kat pasaran lebih kurang RM30-60. Mahal kan? Meh sini nak bagitau cara bajet untuk dapatkan bekas yang hampir sama dengan bekas yang macam ni.

Yang kotak jenis ni hanya besar sikit je dari kotak kamera. Harga dia pun saya beli tak sampai RM13 pun. Yang ni saya pakai bekas/kotak untuk memancing.

Lepas buka bekas tu, sila remove/buang bekas kecil di dalamnya untuk memberi ruang yang sesuai untuk letakkan perkakas kamera korang.


Lepas dah buang, korang boleh letak segala kelengkapan kamera korang di dalamnya termasuk monopod sekali boleh muat.
Akhir sekali, sila gunakan sticker yang korang dapat utk menjadikan bekas tu adalah bekas untuk kamera korang, dan memang tak nampak langsung bekas untuk memancing dah. Yang ni saya letakkan sticker Sjcam.


Tak percaya? Cuba lah buat.
Memang bajet dan tak payah susah-susah beli bekas yang mahal-mahal tu.

7 ulasan:

  1. Nice one..tak payah nak bazir untuk beli yang mahal..RM40 dengan RM13 memang jauh beza..banyak jimat tuh.

    BalasPadam
  2. boleh jimat banyak tu.. nice tips! ruang kotak pancing tu pon nampak lg besar

    BalasPadam
  3. nice idea. cuma toolbox tu besar je la. hahe

    BalasPadam
  4. kreatipnyer, tp kalo dslr xleh yee ;p

    BalasPadam
  5. tunggu beli gopro dulu..hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.