Kad Raya dari Blogger AinaaRoseberry

ASSALAMUALAIKUM...

Semakin hari, semakin dekat kita dengan Aidilfitri. Macam mana dengan persiapan korang menjelang Aidilfitri nanti?? Aidilfitri kali ni Husein sambut ala kadar sahaja. Persiapan pun ibarat 'cukup makan' je tahun ni. Tapi Husein bersyukur dapat sambut raya kali ni dengan family tersayang dan sanak-saudara yang lain. Kalau tahun lepas, Husein sambut hari raya di perantauan je. Takde family, adik-beradik, sepupu-sepapat, tok di kampung dan sebagainya.

InsyaAllah, khabarnya pengalaman Husein menyambut aidilfitri di perantauan tahun lepas akan dimuatkan dalam ruangan sebuah akhbar pada bulan Syawal nanti. Tunggu pengumuman dari Husein yerr... pastu kita pakat beli paper tu. hehehe...

Untuk persiapan menjelang aidilfitri nanti jugak, Husein ada terima satu kad raya dari pemilik blog Ainaa Roseberry. Sape tak kenal kan dengan blogger peramah yang suka pink ni. Hehehe.... Walaupun teknologi di hujung jari, namun tradisi menghantar kad raya masih lagi diamalkan.
Alhamdulillah dah sampai kat tangan Husein dua tiga hari lepas. Husein ucapkan berbanyak terima kasih kepada Ainaa sebab sudi bagi kad raya kat Husein. Cantik kad raya Ainaa. Pink gitu... memang tak boleh dipisahkan. hahaha....Rasanya agak lama Husein tak terima kad raya sejak study di oversea ni. Kalau tak silap, last sekali terima kad raya adalah time sekolah menengah dulu. Uiiiihhhh.... lama betol.

.......................................................................................................

Ramadhan masih lagi berbaki. Korang dah jumpa Lailatul Qadar? Kalau tak jumpa lagi, jangan putus asa. Allah tak suka pada mereka yang suka berputus asa. Pada bulan yang mulia ini juga Husein menyeru kepada semua pembaca blog Husein supaya doakan kesejahteraan, keselamatan dan keamanan kepada penduduk Gaza, Syria dan di Sabah. Di kesempatan ini juga Husein nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan anak kapal MH17 yang dipercayai ditembak di Rusia. Semoga kerja-kerja penyiasatan dan penyelidikan berjalan dengan lancar dan moga realiti kemalangan dapat kita ketahui kelak.


Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

4 ulasan:

  1. seronokkan dapat kad raya dizaman canggih gini

    BalasPadam
  2. salam. cantik kad dia..hitam pink :))

    BalasPadam
  3. salam. singgah jumaat kat sini..

    salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosng ya heee :))

    BalasPadam
  4. tak update lagi pasal kad raya..oo bila hussen nak bagi duit raya kat nad ni..hehee

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.