Bersahur di Dunia, Berbuka di Akhirat - Part 2

ASSALAMUALAIKUM...

Anda terlepas membaca Part 1?? Klik disini.

Bersambung dari Part 1........

''Umi rasa, dah nak masuk waktu berbuka lah. Hamid!... bacakan doa'', seru uminya kepada Hamid. Hamid yang satu-satunya anak lelakinya menurut perintah uminya tanpa apa-apa alasan, Hamid terus membaca doa ketika hendak berbuka. Tidak lupa juga doa untuk mereka-mereka yang senasib dengan mereka sekeluarga. Doa yang mereka aminkan adalah doa bakal syuhada. Kalau tidak hari ini.... mungkin akan datang. Doa orang yang berpuasa juga adalah antara doa-doa yang dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Belum sempat mereka mengaminkan doa............

Tiba-tiba...............

''BOOOMMMMM.....'',... bunyi hentaman kuat kedengaran. Suasana yang tadinya sunyi tanpa bunyi bising, tiba-tiba menjadi huru-hara dengan suara orang ramai. Tidak hairan lah bahawa bunyi itu berpunca dari sebutir peluru berpandu rejim Zionis yang singgah berdekatan dengan rumah mereka yang menyebabkan mereka sekeluarga terpelanting bersama dengan juadah berbuka. Rumah yang kelihatan usang tadi, kini tinggal sisa sahaja. Hanya terdapat beberapa tiang sahaja yang masih kukuh. Atap dan tingkap yang menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga tiba-tiba musnah ranap. Kelihatan beberapa percikan darah singgah di dinding-dinding rumah yang dimusnahkan tadi.

Orang ramai datang berpusu-pusu ke tempat tersebut. Kedengaran juga laungan takbir beberapa kali yang memecah kesunyian tempat terbabit. Asap yang keluar menjejaskan udara di sekitar kawasan tersebut.

Mata Hamida berkelip-kelip beberapa kali. Tiba-tiba beliau terasa sangat tidak bertenaga dan lemah. Tekaknya tiba-tiba terasa haus pada ketika itu. Mahu sahaja beliau meminum segelen air untuk menghilangkan kering tekaknya. Penglihatan beliau terarah kepada kawasan sekitar. Kini barulah beliau sedar bahawa beliau kini terbaring di atas jalan raya. Dilihatnya pada anggota badannya.... kini beliau tahu bahawa beliau telah menjadi mangsa kekejaman pihak Zionis.

Mujur sahaja beliau tidak mengalami kecederaan yang parah.... hanya luka-luka kecil sahaja yang kelihatan dan beberapa bengkak di badan. Sedang beliau bangun dari tempat baringnya tadi, Hamida teringat kepada uminya dan abang kembarnya, Hamid. Fikirannya kini terarah kepada dua insan kesayangannya. Apakah nasib mereka berdua.....???

Beberapa ketika kemudian, Hamida terdengar suara tangisan seorang budak yang menangis teresak-esak. Suara itu sangat jelas kelihatan di telinganya. Dengan pergerakkan yang terhad akibat kecederaan yang dialami, Hamida meluru ke arah punca suara tadi dan mendapati seorang budak lelaki menangis teresak-esak bersama seorang wanita tua yang terbaring. Apabila didekatinya dua orang manusia itu tadi, alangkah terkejutnya Hamida apabila mendapati bahawa dua orang manusia tadi adalah abang dan uminya.

Matanya kini mengalirkan air mata jernih apabila melihat abang kembarnya yang menangis teresak-esak dan keadaan uminya yang seakan-akan nyawa-nyawa ikan. Dengan tangan yang terketar-ketar dan tidak berdaya, uminya memegang erat tangan kedua-dua anak kembarnya. Pegangannya tadi turut diselaputi dengan darah suci yang mengalir dari badannya. Hamid yang sejak tadi tidak putus-putus menangis, cuba untuk menenangkan dirinya tetapi tidak berjaya melawan perasaannya. Apa yang diharapkan adalah uminya selamat dan disembuhkan kesakitannya dengan secepat mungkin. Perasaan Hamida juga adalah sama seperti Hamid. Kesedihan yang dirasai apabila melihat uminya dalam keadaan begitu, membuatkan beliau tidak merasa apa-apa kesakitan yang dialaminya sebentar tadi.

Keadaan uminya begitu tenat. Sekali sekala, terkeluar darah dari dalam badannya ke mulut dan hidung uminya. Genggamannya tadi semakin lama, semakin erat.... dan semakin sejuk. Menyedari hakikat keadaannya yang sangat tenat, uminya cuba menarik tangan kedua-dua anak kembarnya supaya mereka lebih dekat dengan dirinya. Lalu diangkat tangannya sambil singgah ke leher kedua-dua anaknya dan mendekatkan telinga mereka ke mulut beliau. Mengikut firasat Hamid dan Hamida, umi mereka ingin berkatakan sesuatu kepada mereka. Dengan suara yang amat lemah dan tergagap-gagap, umi mereka mengatakan, ''Selamat tinggal anakku yang kucintai,.... sebentar tadi umi bersahur bersama kamu di dunia, kini umi berbuka bersama ayah kamu di syurga''.
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan langsung dengan sesiapa. Namun, ambillah pengajaran dari cerita ini dengan sebaiknya. #SAVEGAZA #GAZAUNDERATTACK #SAVEPALESTINE.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

3 ulasan:

  1. Salam Ramadhan,
    Entry menarik tapi sayangnya artwork #SaveGaza itu adalah artwork rakan saya yanv telah diedit semula dan signature juga telah dipadamkan.

    Sekiranya tuan tidak kisah, bolehkah jika ruan gantikan artwork tersebut dengan artwork yang asal? Di bawah bi saya sertakan linknya... Terima kasih.
    https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10202480981371325&id=1398455706&set=a.3583969883421.2129241.1398455706&source=44

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.