Rush Hour for Exam

ASSALAMU'ALAIKUM...

Ohhh.... (mengeluh panjang).. lama bebenor Husein tak update blog ni. Mesti korang dah bosan dengan blog ni kan... Husein tau blog ni tak la glamour macam blog-blog lain. Kalau nak dibandingkan, blog ni macam picisan je. - mood sedih - .

Ohhh... (mengeluh panjang lagi).. rase macam nak lepas geram semua yang terkandung dalam sanubariku ini sekarang. STRESSSSSSSS......... (sambil buat muka macam Gary sambil muncungkan mulut). Terase nak pergi jauh-jauh daripada orang lain dan duduk sorang-sorang tengah malam mengadap Ilahi mintak doa banyak-banyak... doa ampun dosa, doa tingkatkan ilmu, doa untuk kemenangan Islam, doa jauh dari azab neraka....emmmmm.... banyak lagi la. Tapi.... ku akui,.... dahku bukan sehebat ulama-ulama dahulu kala yang selalu solat tahajjud.... dahku bukan sehebat tentera Briged Al-Qassam yang tak tinggal jemaah solat Subuh...... Hemmmm... bila la nak jadi orang sehebat macam tuuu...

Tiap-tiap hari bukak buku.. bukak kitab.. hari-hari ngadap kertas. Oh, dahku suka menghadap benda-benda macam tu. Kenapa tak nye..... Al-Quran yang ada sekarang ni pon daripada kertas jugak kan. But now, its EXAM FEVER.... Sangat menipu kalau Husein tak STRESS kan?? Pernah Husein update status kat Facebook Husein haritu bila Husein stress: ''Perkara yang paling teruk sekali berlaku pada diri kita adalah apabila kita nak sangat-sangat MEMAHAMI sesuatu perkara tu tapi tak FAHAM-FAHAM jugak sebab otak tak berapa nak FAHAM.
So, kalau nak FAHAM kenalah tanye orang yang FAHAM... barulah FAHAM.

FAHAM ape yang saya nak FAHAMkan? :-p''


Paling stress sangat bila kita nak sangat faham satu-satu bab tu tapi tak faham-faham jugak. Husein dah tanye dah senior-senior lama suruh ajarkan Husein... tapi... dengan senior Husein sekali yang fening kefaler... Toink.. toink.. toink.. Mungkin Husein kena tanye senior lain kot.. baru faham. InsyaAllah...

Dan satu lagi penghalang untuk Husein terus istiqamah dalam menuju kejayaan yang menggunung setinggi Gunung Everest adalah musim sejuk disini. Now its winter in Cairo. Leaves falling... Winter coming.. as Mubarak falling, Morsy coming.. hahahaha...  We support Dr.Morsy. Na'am liddustur.

Bila suhu dah mencecah hanya berbelas-belas darjah celcius dan kadang-kadang ada yang sampai bawah daripada sepuluh darjah celcius, mula la badan ni nak selalu melekat kat selimut tebal.... pastu bila dah melekat... mula la melekat kat katil.. bila dah melekat kat katil... mula la agenda membuat kilang taik mata secara besar-besaran berlaku dengan jayanya dan lenanya.. tidak kira malam, mahupun petang. Mintak-mintak lepas ni dijauhkan daripada sifat sebegitu yang membazirkan masa dahku. Teringat kata-kata ulama' dahulu kala:- ''Orang yang berjaya adalah orang yang rehatnya sedikit''.

Dan kata Imam Al-Ghazali:- ''Jika anda berumur 60 tahun sekarang ini dan anda selalu tidur 8 jam sehari bermakna anda telah membazirkan masa dan waktu anda selama 20 tahun hanya semata-mata untuk tidur''. Allahurabbi.. banyak tu.... 20 tahun.. bermakna, selama 20 tahun tu lah kita mati. Bakinya kita hidup. Sape yang nak hidup hanya 40 tahun je kan. Kalau difikirkan, umur 40 tahun tu.... takde cucu lagi oiii.. Hahaha.... tak padan.

Ish..ish.. ape yang aku merepek ni. Dah dah.... berbalik pada tajuk asal. Exam is around the coner. Lagi dua minggu lagi untuk Husein nak exam. Sebab tu lah sekarang ni Husein tengah rush hour sampai terkeluar urat saraf mengerah keringat dan mengesat peluh yang terdapat di tubuh badan dahku untuk mengejar masa biar masa yang mengejar dahku pulak... hahaha.....but its seen like possible to happen..huh.

Menikmati ole-ole daripada United Kingdom yang dihadiahkan oleh kawan Husein sebaik sahaja dia baru sampai dari UK.

So yummy... manis dan berkrim. Terima kasih banyak-banyak bro Muaz. Lepas ni bawa banyak lagi k. hahaha.... maaf buat korang terliur plak. (Memang niat macam tu pon..hahaha..)

So, dengan adanya Husein di alam maya ini, Husein menyusun semua jari yang Husein ada, meminta maaf andai segala yang Husein tulis dalam blog selama ni mengguris hati pembaca sekalian. InsyaAllah, lepas habis je exam nanti, Husein akan kembali aktif berblogging. Dan jangan lupa untuk mendoakan kejayaan Husein dalam exam kali ni. Moga lulus semua madah(subjek). Moga segala apa yang Husein usahakan selama ni mendatangkan hasil yang positif. Aminnnnnnn...... (min kat belakang tu biar panjang sket sampai 6 harakat bercampur dengan hati yang ikhlas dan tawadduk).... doakan Husein yerr.. Kenangku dalam doamu. :-)

Terima kasih kerana membaca. Komen sket....

4 ulasan:

  1. Sedap nyer heheheh.. Singgah mlm hari sebelum krismas nak bagi trafik kat kawn2 blogger hehehe...

    BalasPadam
  2. hrap flw blk :) http://mimque.blogspot.com/

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.