Segmen #Pray 4 by Husein Rider

Pertama sekali Husein menyusun sepuluh jari ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penulis/blogger yang sudi memeriahkan dan turut serta dalam segmen #Pray 4 ini.

Siapa yang boleh join segmen ini?
Sesiapa sahaja boleh turut serta dalam segmen ini, tidak dikhususkan kepada blogger sahaja.

Tujuan Segmen ini?
Adalah untuk menyatakan rasa kebersamaan para blogger dalam isu semasa dunia terutamanya dalam membabitkan soal peperangan, kemanusiaan, dunia yang berlaku hari ini, dan keganasan yang seharusnya kita bendung dan elakkan supaya dunia lebih aman dan harmoni tanpa kesedihan dan jeritan anak kecil yang sedang menangisi permergiaan orang yang tersayang.

Para blogger yang kini menjadi medan rujukan sesetengah pihak harus memainkan peranan mereka dengan bijak dalam mengutarakan sesuatu isu dengan baik dan harus cakna dengan isu semasa yang berlaku dan terkini.

Bagaimana untuk turut serta dalam segmen ini?
Anda hanya perlu tulis satu post/entri berkaitan dengan isu yang akan diupdate dari semasa ke semasa dan kongsikan link entri anda di ruangan komen post ini atau di ruangan komen post yang diupdate tersebut.

Contohnya: Isu yang berlaku sekarang adalah berkisar tentang pergolakan di bumi Turki. Dengan itu Husein akan update segmen ini bertajuk Segmen #Pray 4 Turki by Husein Rider. Tajuk akan berubah mengikut perbincangan isu semasa yang berlaku. Setelah selesai, kongsikan entri anda itu dengan Husein untuk diletakan dalam senarai.

Apa faedah dari segmen ini yang boleh saya dapat?
- Menyatakan kebersamaan dan sifat cakna anda dalam isu semasa yang berlaku.
- Salah satu idea penulisan untuk diupdate ke dalam blog anda.
- Entri anda akan diletakkan ke dalam senarai. Selain anda dapat update blog anda, anda juga boleh blogwalking ke dalam senarai tersebut.
- Segmen ini akan berterusan dan kekal lama selagi mana blog ini masih ada.
- Besar kemungkinan ada diantara segmen-segmen yang dilakukan mempunyai hadiah misteri untuk yang bertuah.

Jadi, apa tunggu lagi? Sebarkan segmen ini kepada blogger-blogger lain supaya dapat memeriahkan segmen ini dan menyatakan kebersamaan kita beramai-ramai.

Senarai Segmen #Pray 4 by Husein Rider:
1. Pray 4 Aleppo
2.
3.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.