Masjid-masjid Terkenal di Mesir Sepanjang Ramadhan

ASSALAMU'ALAIKUM...
Hari ni Husein nak berkongsi sikit berkenaan masjid-masjid yang terkenal di Mesir sepanjang bulan ramadhan ni.

1) Masjid Amru
Lokasi: Fustat
Tarikan:- Salah satu masjid terawal dibina di Mesir
- Qiam 10 Ramadhan
- Pada setiap malam 27 Ramadhan, Syeikh Jibril akan mengetuai Solat Tarawih
Bagaimana untuk pergi:
Metro: Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Mar Girgis. Jalan lebih kurang 500 meter ke arah jalan besar.
Bas: Naik bas menuju ke Gami’ Amru atau El Munib. Berhenti di Gami’ Amru
Cadangan:
Pada malam 27 Ramadhan, dinasihatkan datang selewat-lewatnya pada waktu Asar untuk mendapat tempat di dalam masjid. Datang selepas waktu zohor adalah dinasihatkan. (Husein dah sampai dah sini.)
2) Masjid Azhar
Lokasi: Husin, seberang Masjid Husin
Tarikan:
- Tarawih 20 rakaat pendek
- Bacaan Imam berqiraat
- Qiam
Bagaimana untuk pergi:
Metro: Naik metro ke stesen Atabah. Kemudian naik teksi (minimum LE 5)
Bas: Naik bas menuju ke Husin atau Atabah.
Teksi: Naik teksi dari Sayyida Zainab (minimum LE 10) .(Boleh dikatakan yang masjid ni sangat kerap Husein ziarah. Kenapa tak nye.. dekat dengan universiti Husein.)
3) Masjid Husin
Lokasi: Husin, seberang Masjid Al-Azhar, berdekatan Khan El-Khalili
Tarikan:
- Tempat simpanan barang peninggalan Rasulullah S.A.W
- Tersimpannya helaian al Quran yang ditulis oleh Saidina Ali KWJ.
- Pusat membeli belah, Bazar Khalili di luar.
Bagaimana untuk pergi:
Metro: Naik metro ke stesen Atabah. Kemudian naik teksi (minimum LE 5)
Bas: Naik bas menuju ke Husin atau Atabah.
Teksi: Naik teksi dari Sayyida Zainab (minimum LE 10).
(Masjid ni pon same dengan masjid Azhar tadi. Husein kerap ziarah sini.)
4) Masjid Soleh Ja’afari
Lokasi: Husin
Tarikan:
- Makam Syeikh Salih Ja’afari (Pengasas Tariqat Ja’afariah)
Bagaimana untuk pergi:
Metro: Naik Metro jaringan El Munib-Shubra. Berhenti di stesen Ataba. Naik teksi (LE 5-LE 10)
Teksi: Naik teksi dari Sayyida Zainab (minimum LE 10). 
Cadangan:
Bawa kain sejadah sendiri terutama jika mahu pergi ke Masjid Azhar. (Yang ni pon same macam masjid Husin tadi)
5) Masjid Sayyida Zainab
Lokasi: Sayyida Zainab
Tarikan:
- Makam cucu Nabi Muhammad, Sayyida Zainab.
- Tarawih 20 rakaat, pendek.
Bagaimana untuk pergi:
Metro: Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Sayyida Zainab dan keluar ke arah Abou Risy. Naik tramco menuju ke Sayyida Zainab atau jalan lebih kurang 500 meter.
(Masjid ni.. tak silap Husein.. pernah ziarah kat sini sekali. Tapi..ingat2 lupa la)
6) Masjid Sultan Hassan
Lokasi: Arah dalam Medan Sayyidah Aisyah, menuju ke Suq Syafie. Betul-betul bersebelahan Masjid Al-Rafaie
Tarikan:
- Salah sebuah kompleks masjid terbesar di dunia
- Syeikh Ali Jum’ah sering menyampaikan khutbah Jumaat di sini.
- Pernah menjadi tempat pengajian untuk keempat-empat Mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jamaah
Bagaimana untuk pergi:
Bas/Tramco: Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Sayyida Zainab dan keluar ke arah Abou Risy .Naik bas atau tramco ke Medan Sayyida Aisyah. Turun di Medan Sayyida Aisyah. Hadap kearah dalam Medan bertentangan dengan jalan besar (sekitar Suq Hayawanat). Jalan lebih kurang 500 meter. (Baru sekali Husein datang sini..lepas ni nak ziarah plak la)
7) Masjid Rahman Ar-Rahim
Lokasi: Abbasiah
Tarikan:
- Berhawa dingin
Bagaimana untuk pergi:
Tramco/Bas: Naik mana-mana tramco atau bas menuju ke Abbasiah atau naik dari Stesen Bas Sayyida Zainab. Berhenti berdekatan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Jalan sepanjang Lebuh Raya Salah Salem menuju ke arah Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Anda akan nampak masjid ini. (Husein tak pernah lagi ziarah masjid ni)
8) Masjid An Nur
Lokasi: Demerdash
Tarikan:
- Masjid Negara Mesir
Bagaimana untuk pergi:
Metro: Naik Metro jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Demerdash berdekatan Universiti Ain-Shams. Anda akan segera lihat Masjid An Nur dari jauh. Jalan lebih kurang 500 meter.
(Masjid ni pon Husein tak pernah ziarah lagi. Hanya tengok dari jauh jer.)
9) Masjid Salam
Lokasi: Hayyu Asyir
Tarikan:
Struktur binaan menyerupai Quba’ As-Sakhra di Palestin (berbentuk heksagon tetapi berkubah hijau)
Bagaimana untuk pergi:
Metro: Naik Metro  jaringan Helwan-El Marg. Berhenti di stesen Ramses/Ghamra’. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Turun di Medan Hayyu Sabi’ berhadapan Restoran Arabiyata. Naik tramco ke Hayyu Asyir. Sepanjang perjalanan, hadap ke sebelah kanan. Berhenti di Bab Awwal sebelum sampai ke Suq Sayarat. Masjid terbesar dan terluas yang anda dapati ialah Masjid Salam (rujuk tarikan)
Tramco/Bas: Tunggu di sepanjang jalan menuju ke Masjid Sayyida Zainab. Naik tramco atau bas ke Hayyu A’syir. Berhenti di Bab Awwal. Masjid terbesar yang anda dapati ialah Masjid Salam. (Yang ni pon...Husein hanya tengok dari jauh jer. Tak berkesempatan lagi nak ziarah)
Terima kasih sudi baca. Komen sket...




1 ulasan:

  1. Ya Allah,seronoknya dapat pergi ke mesir...kepada admin,doakan saya dan sahabat2 dapat melanjutkan pelajaran ke mesir ye...sekarang tengah tunggu keputusan dari pihak mesir... :(

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.